Saturday, April 16

memilih islam

Mereka Memilih Islam

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960  beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock  serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”
Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987.  Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1201958071962&pagename=Zone-English-News/NWELayout.
Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin.
Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Artikel Lain Dalam Kategori Islam & Cemerlang

al Quran


Nasihat Untuk Memahami Maksud Al-Quran


View ImageKetika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.





1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

View Image


Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.

rahsia air sembahyang

Rahsia Disebalik Air Sembahyang ;

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

fadhilat ayat al-quran

«

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM

By -
BISMILLAH  (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya  ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan
kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
SURAH  AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin) diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH SABA‘ (Saba‘)Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD  (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60].

rahsia ais

Indahnya Molekul Ais

View Image

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.

Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:.

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”
Dikirim dalam Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT
Web-Web penting:
http://www.islamweb.net/flash/index.htm
Blog Buku Ahmad deedat dengan percuma:
http://www.al-maktabeh.com/403.html

Thursday, April 14

rahsia nombor

RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR – PERSEPSI & VERSI ISLAMIK

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”

(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )
Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini,  ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu).  Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.
378441572_147aa7878c
Maha hebat penciptaan ALLAH, simbol ini TERTULIS pada alam dalam berbagai ragam ‘wajah’ atau bentuknya. Wajah-wajah Allah ada yang tertulis dalam kitab suci Al Quran sebagai ayat-ayat yang nyata dan terselindung (tersirat), dan ada pula yang tidak tertulis di dalamnya, iaitu yang terbentang di seluruh jagat raya. Ada yang terhitung dan ada yang tidak. Lihatlah jumlah matahari yang ada di langit. Lihat juga jumlah bulan. Bukankah jumlahnya 1. Lihat pula bintang-bintang. Terhitungkan jumlahnya? Tidak perlu terlalu jauh, lihat sahaja yang terbentang pada alam diri. Satu hidung dengan dua lubangnya. Satu mulut dengan satu lidahnya. Dua telinga, dua tangan, dua kaki, 20 jari jemari, satu unit kepala, satu leher, satu dubur, satu kemaluan dan sebagainya. Yang tak terhitung pula; rambut, bulu roma, kening dan berbagai bulu-bulu lagi pada diri. Malah yang ‘terbina’ di dalam tubuh juga ada jumlah-jumlah bilangannya.
Ayat 8 dari surat ke-13 di atas menjelaskan bahwa Allah menciptakan segala sesuatu dengan kadar ukuran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, tidak ada ‘wajah’ atau ayat Allah, baik yang tertulis maupun yang terbentang itu ada atau terjadi begitu saja, tanpa disengaja. Semuanya sudah direncanakan, diperhitungkan, dan diatur oleh-Nya, bukan merupakan sesuatu yang kebetulan.  Apabila disengaja, tentu ada maksud dan tujuannya.
Ada ‘wajah’ atau ayat yang mampu difahami secara tersurat namun ada juga yang memerlukan penafsiran untuk merungkai yang tersirat. Ada yang jelas bentuk rupanya namun ada juga yang tersembunyi atau RAHSIA. Malah ada yang memiliki yang tersurat dan tersiratnya. Di saat sesuatu itu mampu difahami dari berbagai penafsiran, makna sebenarnya dari ayat-ayat Allah itu mula tersingkap, tetapi mungkin juga penafsiran itu tidak atau belum mencapai makna sebenarnya. Hanya yang maha tahu yang tahu. Namun yang pasti, manusia memang diperintahkan untuk terus menelaah dan mengkaji ‘wajah-wajah’ atau ayat-ayat Allah.
Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)

RAHSIA Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).
Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat.  Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.
“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”
kaligrafi
Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??
“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.
Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf.  Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya.  Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9. Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”  QS 57:3

Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya  1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.
Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:
  • AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
  • Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
  • BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
  • Dari surah 9 yang  tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
  • dan banyak lagi….
RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN
KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. Banyak pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. Contoh lainnya adalah; perkataan-perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-Quran pada JUMLAH YANG SAMA.
AL-HAYAH (HIDUP)
145X
MAWT (MATI)
AN NAF’ (MANFAAT)
50X
AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS)
4X
AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN)
167X
AS SAYYI’AT (KEBURUKAN)
AL THUMA’NINAH (KETENANGAN)
13X
AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS)
8X
AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN)
17X
AL IMAN (KEIMANAN)
Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami. Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.
Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)
Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:
  1. Al Baqarah 2: 29,
  2. Al Mukminuun 23: 17,
  3. Fushshilat 41: 12,
  4. Ath-Thalaq 65: 12,
  5. Al Mulk 67: 3,
  6. Nuh 71: 15, dan
  7. An Naba’ 78: 12.
Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat Al-Quran. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Lihat sahaja contoh-contoh ini:
  • 5 Rukun Islam
  • 6 Rukun Iman
  • 5 Rukun Umrah
  • 6 Rukun Haji
  • 5 X Solat
  • 7 X tawaf
  • 7 X larian Sa’ie
  • 30 Juzuk
  • 114 Surah
  • 17 Rakaat
  • 17 X Ruku
  • 34 X Sujud
  • 4 Kitab Allah
  • 99 Nama Allah
  • 99 Nama Rasul
  • 20 Sifat Allah
  • 25 Rasul
  • dan sebagainya…
Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU.
RAHSIA DI SEBALIK SOLAT -  Ruku’ & Sujud
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk diantaranya.
Di dalam buku Metamatika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Saat ruku kita membentuk sudut 90° posisi berdiri tegak. Sedangkan saat sujud kita membentuk sudut 90°+45°=135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu lingkaran penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemukan TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.
Pada setiap rakaat, melalui lingkaran yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solah itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 lingkaran penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1+7=8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
sequance-solat
Rasullullah sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH. Manakala, “Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 ). Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah saw. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang banyak solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)
Kembali ke kajian tentang ruku dan sujud di atas tadi, perputaran dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.
Gerhana Matahari Cara Terjadi
Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA LINGKARAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika lingkaran penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telahpun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:
“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
NOMBOR DAN TARIKH ISLAM
images2Ilmu Numerologi (ilmu nombor) adalah ilmu yang membicarakan tentang nombor (angka) dan makna-makna kehadirannya. Setiap satu digit nombor memiliki MAKNA DAN NILAI. Makna ini hadir dari kajian tentang SIFAT-SIFAT yang disandarkan pada digit nombor tersebut. Sifat-sifat ini memampukan seseorang untuk mentafsir. Maka, sejumlah nombor umpama sejumlah skrip cerita yang mampu diolah dan difahami. Ilmu Numerologi amat berkaitan dengan TARIKH KELAHIRAN. Ini kerana tarikh adalah susunan nombor-nombor.
Tarikh adalah PENGUKURAN PEREDARAN MASA. Tarikh adalah PENANDA PEREDARAN MASA (kalendar). Tarikh adalah JUMLAH PEREDARAN MASA. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. Kita juga maklum set bilangan hari adalah antara 1 hingga 28 atau 29 atau 30 atau 31 hari. Manakala set bilangan bulan adalah antara 1 hingga 12 bulan. Manakala bagi tahun adalah jumlah penggiraan bilangan tahun yang berlalu sejak tahun 1 sesuatu kalendar dimulakan (dicatatkan penggiraannya). Ringkasnya susunan tarikh akan ditulis sebagai: HH / BB / TTTT.
2009-calendar-full-year-thumb4538307Zaman ini, kita telah diperkenalkan sejak seawal usia lagi akan KALENDAR MASIHI yang merujuk kepada PEREDARAN MATAHARI. Perhitungan kalendar inilah yang kita ‘sandar’ dan gunakan untuk penetapan perjalanan hidup seharian kita. Bermula dari TARIKH KELAHIRAN yang dicatatkan dalam Sijil Kelahiran kita hinggalah penetapan untuk segala agenda hidup kita adalah berpandukan KALENDAR MASIHI. Kita di’program’kan dengannya dan kita mengaplikasikannya secara terus dalam hidup kita. Malah kita terlalu bergantung kepadanya!!
Dalam masa yang sama kita sedia maklum akan kehadiran KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada kalendar ISLAM. Sebagai orang Islam, kita juga didedahkan kepada perhitungan KALENDAR HIJRAH yang merujuk kepada PEREDARAN BULAN. Kira turut aplikasikannya untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Islam termasuk di dalam soal ibadat. PUN BEGITU, ‘PROGRAM’ ini terhad hanya tujuan itu. Aplikasinya tidaklah semaksima kalendar masihi.

MENGAPA HARUS BEGITU???

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” (QS 36:36)
Hakikatnya kita menerima bahawa setiap sesuatu ALLAH jadikan BERPASANG-PASANGAN. Siang – malam, lelaki – perempuan, syurga – neraka, kebaikkan – kejahatan, kiri – kanan dan sebagainya lagi. Begitulah halnya dengan MATAHARI – BULAN! Bukankah ia berpasangan! Siang dengan mataharinya dan malam dengan kehadiran bulannya. Justeru itu, MENGAPA TARIKH ISLAM dipinggirkan aplikasinya dalam hidup kita??. Mengapa hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu?? Cuma ambil kisah dan tahu bila perlu??
Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk:
  • Sambut Awal Muharam
  • Maulidul Rasul
  • Hari Nisfu Syaaban
  • Nuzul Al-Quran
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah
  • Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban
  • Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
  • Menentukan tarikh mula PUASA
  • Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
  • Menentukan Hari Wukuf di Arafah
JUGA…
  • Memahami tarikh PERISTIWA SIRAH RASUL
  • Mengetahui tarikh TURUNNYA AL-QURAN
  • Mengetahui tarikh ‘ISRA’ MIKRAJ’
  • Mencari malam LAILATUL QADAR
  • dan sebagainya lagi…
MAMPUKAH KITA MENAFIKANNYA. Hanya menerima aplikasinya untuk tujuan tertentu sedangkan di masa yang lain kita membiarkan diri (minda) ‘diikat’ dengan ‘software’ kalendar masihi. Atau mungkin kita ‘ambil tahu’ tarikh-tarikh hijrah semata-mata nak tahu bila nak CUTI UMUM sedangkan ia tidak terkesan (memberi bekas) pada penghayatan dalam ibadah kita. Apakah ibadah (agama) itu terpisah dengan realiti kita di bumi ini?? Atau apakah ini suatu HELAH atau PERDAYA yang telah secara sulitnya diatur untuk MELEMAHKAN MINDA MUSLIM??? Ayuh renung dan fikirkan…

MENGAPA ISU INI PENTING?? APA KAITANNYA DENGAN KITA???

Dewasa ini BICARA RAHSIA TARIKH LAHIR menjadi TOPIK HANGAT. Seminar besar-besaran dianjurkan untuk mengajar ILMU NUMEROLOGI dan RAHSIA TARIKH LAHIR bagi membongkar POTENSI DIRI. Melalui tarikh lahir, banyak rahsia diri dapat dibongkarkan. Umpama ilmu mengenal diri!. Hipotesis ini tiada salahnya, malah ia amat PERLU dan BERGUNA. Ia mampu mengajar kita akan sesuatu yang sedia ada namun masih tersembunyi untuk minda kita tafsirkan atau hayati. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tiadalah PENGHASILANNYA atau kadang-kala menjadi sia-sia. Tatkala formula kejayaan tidak dibongkar akibat tidak mengenal potensi yang ada, maka kejayaan tidak berhasil atau tidak maksima. Lebih malang jika segala langkah mencipta kejayaan berlangsung dalam kekelaman. Yang berlaku hanyalah kemalangan atau bertemu tembok penghalang.
Namun, sedarkah kita BAHAWA ADA BAHAGIAN DIRI YANG MASIH BELUM HABIS DIBONGKAR kerana KETERBATASAN KAEDAH dan PEMAHAMAN (ILMU) untuk MEMBONGKARNYA. Jika KAEDAH RAHSIA TARIKH LAHIR kita sandarkan pada tarikh mengikut KALENDAR MASIHI, RAHSIA yang ditemui barulah SEPARUH dari segenap POTENSI yang sememangnya SEDIA ADA pada alam diri kita. Ini kerana, kita BELUMPUN MELIHAT TARIKH KELAHIRAN KITA mengikut KAEDAH NUMEROLOGI ISLAMIK yang terasnya berpandukan KALENDAR HIJRAH. Bolehkah kita menafikan bahawa pada tarikh kita dilahirkan, kalendar hijrah tidak wujud??? Umpama menafikan adanya sang bulan di tarikh tersebut. Bolehkah kita hanya nak terima apa yang kita rasa nak terima sahaja semata-mata ketololan kita sendiri??
Tentulah tidak.. justeru itu, kita harus MENELAN HAKIKAT INI PERLAHAN-LAHAN. Kita harus belajar untuk menerima, apa yang ada di tarikh kelahiran kalendar masihi kita adalah BARU SEBAHAGIAN dari RAHSIA POTENSI KITA. Ada bahagian yang masih TERSIMPAN dan TERSEMBUNYI namun MENANTI UNTUK DIBONGKAR. Dan setiap bahagian ini memiliki pengkhususannya sendiri iaitu ada yang mempengaruhi urusan fizikal (jasmaniah) dan minda kita serta ada yang mempengaruhi aspek emosi dan spiritual (roh) kita. Seperti mana kita tak dapat menafikan bahawa ENERGI HIDUP (roh) kita berjiwakan ISLAM, seperti itulah juga kita tak dapat menafikan bahawa KALENDAR HIJRAH itu adalah NADI ISLAM.
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH HIJRAH HARI INI?? Bulan Islam keberapakah bulan ini?? Tahun Hijrah keberapakah tahun ini??
Soalnya kini, adakah anda TAHU (INGAT) TARIKH LAHIR HIJRAH ANDA??
(jawaplah secara jujur… janganlah menipu diri sendiri)
Jika tak tahu atau tak pernah ambil tahu, bagaimana mahu mencarinya??
Sesudah itu, apakah MAKNA NOMBOR-NOMBOR YANG TERBINA pada tarikh lahir Hijrah anda ini? Bagaimana mahu mentafsirkannya?? Adakah cara menganalisanya sama seperti ilmu tarikh lahir Masihi?? Apakah kelebihan-kelebihan yang anda miliki?? Apakah ada kaitannya dengan nombor-nombor dalam Islam?? Apakah pula nilai GEMATRIKAL ISLAMIK pada tarikh lahir dan nama anda?? Bagaimana mahu mencarinya?? Apakah kaitannya dengan ibadah?? Apakah ada kaitannya dengan asma ALLAH dan RASUL??
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui. ”  (QS 30:22)
JIKA ANDA BENAR-BENAR SERIUS MENCARI JAWAPAN INI.. anda adalah antara mereka-mereka yang TERPILIH UNTUK MEMBONGKAR POTENSI DIRI SECARA TOTAL melalui RAHSIA TARIKH LAHIR MASIHI & HIJRAH (ISLAMIK). Untuk itu anda dijemput ke MAJLIS ILMU NUMEROLOGI saya. Dapatkan jadualnya dengan menghubungi 017-333 2349.
Sekian perkongsian kita untuk kali ini. Salam Aura Kedamaian..Mir Hazil Azran Ramli a.k.a Master G.